Saturday 4 April 2015

Resepi Daging Bakat Mudah dan Lazat

Resepi Daging Bakar Mudah dan Lazat



Bahan-Bahan yang Digunakan:-

Bahan perapan daging(4 keping)

  • 1 labu bawang putih.
  • 1 genggam biji lada hitam.
  • Sos cili secukup rasa.
  • Sos Tiram secukup rasa.

Cara-Cara Membuatnya:-


  • Tumis bawang putih yang sudah dikupas dengan lada hitam sehingga naik bauannya.
  • Tumbuk bawang putih dan lada hitam yang telah siap ditumis dan digoreng, masukkan minyak gorengan sekali.(barulah sedap)
  • Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi kepada daging yang telah dipotong.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan cili,Gaul sehingga rata.
  • Akhirnya,sebelum bakar,perap lah minium 30 minit.Lagi lama lagi sedap.(biasa perap 2 jam)



Hah,dah siap perap tu,boleh lah bakar guna oven ke arang ke apa ke..Kalau nak goreng pun sedap juga!Nikmatilah daging bakar mudah dan lazat ni!!





Continue Reading →

Resepi Chocolate Chip Cookies Mudah dan Sedap

Resepi Chocolate Chip Cookies Mudah dan Sedap!!






Bahan-Bahan yang Digunakan:-

  • 250g butter (Buttercup).
  • 2 1/2 cawan teh brown sugar.
  • 2 biji telur ayam.
  • 1 sudu kecil vanilla essence.
  • 3 cawan teh tepung gandum.
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 cawan serbuk koko.
  • 1 genggam chocolate chip (ikut suka nak banyak mana).

Cara-Cara Membuatnya:-

1. Pukulkan butter dan gula sehingga ianya menjadi kembang.(kalau nak senang gunakan mixer)
2. Masukkan 2 biji telur dan vanilla essence seperti sukatan di atas.
3. Kemudian,masukkan tepung soda bicarbonate, baking powder dan serbuk koko sedikit demi sedikit semasa mixer sedang memukul.
4. Masukkan chocolate chip dan pukul sehingga sebati.
5. Selepas sebati,bentukkan aduan menjadi bentul bola kecil dan susunkannya di atas bekas pembakar. 
6. Tekan aduan menggunakan garfu sehingga penyek sedikit.
7. Bakar di dalam oven selama 15 minit dengan suhu 150 darjah.

Hah siap pun!Boleh la nikmati chocolate chip yang sedap tu ;)!






Continue Reading →

Resepi Ayam Lemon Mudah dan Lazat

Resepi Ayam Lemon Mudah dan Lazat!!



Bahan-Bahan Yang Perlu Digunakan(Ayam Goreng):-

  • 4 bahagian suku peha daging ayam (Buang kesemua tulang yang ada).
  • 2 biji telur ayam (ambil putihnya sahaja).
  • 1 sudu besar magi cukup rasa.
  • 5 sudu besar tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung gandum.
  • 4 sudu besar tepung beras.
  • 1 sudu kecil lada putih (serbuk).
  • Minyak banyak (deepfry).

Cara-Cara Membuatnya:-

  • Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan serbuk maggi cukup rasa sehingga rata dan celupkan ke dalam telur putih.
  • Kemudian campurkan serbuk lada putih, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras mengikut sukatan di atas dan sehingga sebati.
  • Gaulkan ketulan ayam tadi bersama 3 jenis tepung tadi.
  • Panaskan minyak dan jangan lupa untung menggunakan minyak dengan banyak. Deepfry kan ayam tersebut sehingga masak.
  • Kemudian angkat dan rehatkannya. 
  • Potongkannya dan tuangkan sos lemon yang lazat!.

Bahan-Bahan Yang Perlu Digunakan(Sos Lemon):-

  • 1 biji lemon (dapatkan 3 suduh besar jusnya).
  • 3 biji limau sunkist (dapatkan secawan jusnya).
  • 5 sudu besar kordial oren sunkist.
  • 2 sudu besar sos plum.
  • 1 sudu besar serbuk knorr.
  • 1 labu bawang besar (cincangkannya).
  • 5 ulas bawang putih (cincangkannya).
  • 4 sudu besar butter.
  • 3 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan tiga setengah cawan air.
Cara-Cara Membuatnya:-

  • Cairkan butter dan tumiskan bawang besar serta bawang putih bersama butter tersebut sehingga wangi.
  • Campurkan jus lemon yang diperah tadi, jus limau sunkist dan pekatan pati oren Sunquick, sos plum dan serbuk knorr.
  • Masak campuran jus tadi sehingga masak,kemudian kecikkan api.
  • Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan kacaunya sehingga sos menjadi pekat dan likat.
  • Tuangkan sos tersebut ke atas ayam tadi.
Akhirnya siap pun!!Nikmatilah hidangan anda!




Continue Reading →

Ayam Masak Lemak Cili Api Mudah

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api yang Mudah!





Bahan-Bahan yang Perlu Digunakan:-  
  • 1 ekor ayam (potong ikut suka).
  • 4 biji kentang (potong empat).
  • 6 batang serai.
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus).
  • Santan (jangan letak banyak sangat).
  • 3 asam keping.
  • Garam dan gula (kasi cukup rasa).
Bahan-Bahan Kisaran:-
  • 9 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • Halia (2 incci).
  • Kunyit hidup (ikut suka nak letak berapa bnyak).
  • 10 biji cili padi atau cili kampung (kalau nak pedas boleh lebihkan).
Cara-Cara Membuatnya :-
 
  • Masukkan bahan kisar dan ayam.
  • Gaul dan masak sehingga bahan tumisan sudah naik bauannya dan ayam kecut sedikit.
  • Tuangkan santan dan biarkannya untuk mendidih selama 30 saat.
  • Masukkan kentang yang telah dipotong empat tadi, 3 keping asam keping dan hirisan daun kunyit.
  • Kemudian hanya tunggu ianya untuk masak.Siap pun!

Cuba jangan tak cuba!!





Continue Reading →

Friday 27 March 2015

Resepi Donut Mudah dan Ringkas

Resepi Donut Mudah dan Ringkas!


Bahan-Bahan yang Perlu Digunakan:-
  • 250 gram tepung gandum.
  • 1/2 sudu teh garam halus.
  • 1/2 sudu teh bread improver.
  • 1 sudu teh susu pekat.
  • Sebiji telur.
  • 50 gram marjerin.
  • 100ml air biasa.
  • 50 gram gula halus.
  • 1 sudu kecik yeast.
Cara-Cara Membuat Donut Mudah dan Ringkas:-

  • Campurkan air biasa dengan gula.
  • Masukkan yeast apabila sudah larut.
  • Biarkan campuran yeast itu berbuih sedikit.
  • Masukkan ke dalam bekas yang mengandungi tepung,bread improver,susu,terlur dan margerin.
  • Kacau semua bahan tersebut dan ulinya.
  • Rehatkan selama setengah jam selepas diuli.(untuk gebukan)
  • Kemudian boleh la bentukkan menjadi bulat dan bulatkan tengahnya.
  • Akhir sekali,goreng dan nikmatinya!

Selamat Mencuba Kepada Semua!





Continue Reading →

Saturday 17 January 2015

Resepi Nasi Goreng Cina Lazat dan Mudah!

Resepi Nasi Goreng Cina Lazat dan Mudah!



Bahan-Bahan yang perlu digunakan :-

  • 4 cawan nasi yang telah dimasak(sejukkannya dulu).
  • 2 biji telur ayam.
  • 1 cawan udang (tak kira saiz)
  • 1 cawan sayur.(ikut suka)
  • 2 batang cili merah (lebihkan cili kalau nak pedas)
  • Sedikit daun sup atau daun bawang(hiriskannya).
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • Minyak kelapa sawit.
  • garam dan sedikit gula.

Bahan Tumis (kisarkannya)

  • 2 biji bawang putih.
  • 4 biji bawang merah.
  • 1 sudu besar lada hitam.

Cara-Cara membuatnya :-

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.Masukkan telur dan biarkan telur tersebut separuh masak.
Bila nampak telur separuh masak, kacaukannya sehingga hancur dan rata.
Kemudian,masukkan sayur dan udang. Masukkan hirisan cili merah dan kacau sehingga rata.
Masukkan sos tiram dan gaulkan sehingga rata.Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula sehingga cukup rasa. Kacau sehingga rata dan masukkan nasi.
Masukkan potongan daun sup dan daun bawang dan kacaukannya. Sekiranya garam dan guka sudah cukup rasa, bolehlah matikan api dan angkat nasi tu.

Kalau nak sedap,boleh makan nasi goreng ini dengan ayam goreng!Selamat menjamu selera!




Continue Reading →

Resepi Daging Masak Merah Ala Gerai Thai!!

Resepi Daging Masak Merah Ala Gerai Thai!!!




Bahan-Bahan yang diperlukan :-

  • Daging dan rebuskanya dengan pewarna merah (air rebusan jangan dibuang untuk membuat kuah).
  • Sos tomato.
  • Sos cili.
  • Cili kering (kisarkannya).
  • Kacang panjang (potong panjang-panjang).
  • Carrot (potong panjang-panjang).
  • Cili padi (kalau nak pedas boleh gunakan lebih).
  • Garam.
  • Tepung jagung.
  • Halia.
Cara-cara membuatnya :-


  • Gorengkan Daging yang telah direbusan tadi sehingga garing,angkat dan toskannya.
  • Tumiskan bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian setelah naik baunya,masukkan cili yang telah dikisar tadi.Tumiskan cili itu sehingga masak.
  • Selepas itu,masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan air rebusan pewarna merah daging yang telah kita rebus sebentar tadi.
  • Masukkan sayur-sayuran kacang panjang,carrot dan daging yang telah digoreng tadi.Kemudian,masakkanya sehingga sayuran tadi menjadi layu.
  • Setelah semua bahan sudah menjadi empuk dan lembut,masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang telah dihiris.
  • Tutup api dan masukkan bancuhan tepung jagung tadi.Letak dalam 2/3 sudu pun sudah memadai.(untuk kasi kuah dia pekat sedikit)
Haaaa siap punn Daging Masak Merah Ala Gerai Thai!!Selamat menjamu selera yerr.!









Continue Reading →

Monday 12 January 2015

Resepi Asam Pedas MELETOP!

Resepi Asam Pedas MELETOP!!

Bahan-bahan


  • 5 ekor ikan (jenis ikut suka).

Bahan-bahan kisaran


  • 4 biji bawang merah.
  • 8 biji cili kering (kalau nak pedas boleh tambah ikut suka)
  • Halia sebesar ibu jari kaki.
  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  • 1/2 sudu teh lada hitam.
  • 1/2 inch kunyit hidup.
  • 2 ulas bawang putih


Bahan-bahan tumisan


  • 1/2 bawang besar (dihiris).
  • 1/2 sudu teh biji sawi.
  • 1/2 sudu teh halba.
  • 3 tangkai daun kari.
  • air asam jawa (ikut rasa).
  • 1 biji (potong-potongkannya)
  • 6 biji bendi (boleh tambah kalau suka)
  • 1 serai-dititik.
  • Bunga kantan atau daun kesum secukupnya.
  • Minyak masak (sedikit sahaja).
  • garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk membuat Asam Pedas Meletop!


Panaskan minyak,Kemudian tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu dan mengeluarkan aroma yang wangi.
Masukkan bahan kisar yang telah dikisarkan tadi dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
masukkan air asam jawa dan air. Biarkan campuran tadi mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya,kemudian hidangkan dan nikmatilah hidangan anda!


Selamat mencuba! :)



Continue Reading →

Friday 9 January 2015

Resepi Karipap Sardin TERMUDAH!!

Resepi Karipap Sardin Termudah!!


Bahan-Bahan yang digunakan untuk kulit :-


  • 2 cawan penuh tepung gandum.
  • 3 sudu tepung marjerin yang telah dicairkan.
  • 5 sudu besar minyak masak (minyak tu kalau boleh kasi suam sikit ya)
  • 1 gelas air. (guna air paip je pun takpa)
  • Garam.

Bahan Inti;
  • 1 tin sardin (kalau nak sedap guna Ayam Brand).
  • 1 biji bawang besar (potongkannya menjadi dadu).
  • 2 biji bawang putih (hiriskannya).
  • 2 sudu cili bo.
  • Garam dan gula (letak ikut kemahuan)


Cara-Cara membuat kulit karipap :-


  • 1.Masukkan tepung gandum dalam bekas. Kemudian tuangkan sediikit minyak masak yang suam dalam bekas tadi.
  • 2. Cairkan mentega(letakkan mentega tu dkt atas api). Bila mentega sudah cair, tuangkan ke dalam campuran di dalam bekas tadi dan gaulkan.
  • 3. Selepas itu, tambahkan air.Tambahkan air sedikit demi sedikit dan gaulkannya sampai campuran tadi menjadi doh dan tidak melekat lagi di tangan dan dinding bekas.
  • 4. Jangan lupa masukkan sedikit garam. 


Cara-Cara membuat inti sardin :-


  • 5. Bagi membuat intinya pula, asingkan isi sardin dengan sosnya.
  • 6. Panaskan minyak , tumiskan cili bo, bawang besar dan bawang putih.Bawang besar boleh letak ikut suka, setengah orang suka sangat bawang besar,boleh la letak banyak2.
  • 7. Bila bau dia dah naik, boleh masukkan bawang. Gaulkan dan hancur-hancurkan sedikit sardin tu.
  • 8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tumiskan sehingga masak.
  • 10. Lepas tu kalau dah masak dan disejukkan, boleh lah bentukkan karipap tu macam bentuk karipap biasa.

Dah Siap 
Continue Reading →

Resepi Nasi Lemak Paling Mudah!




Nasi Lemak Paling Mudah


Bahan-bahan untuk NASI:


4 cawan beras (kalau nak sedap guna basmathi)
6 cawan penuh santan. (kalau nak sedap guna santan kara)
2 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar  (potong ikut suka)
1 batang serai, (titikkanya)
1 inci halia, (ketukkannya
4 ulas bawang putih, (ketukkanya)
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa(jangan letak gula dalam nasi pulak hehe)


Bahan-bahan untuk SAMBAL yang MELETOP:


2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam.
2 1/2 senduk nasi cili bo.
1 inci belacan.
1 camca teh pes asam jawa.
1 biji bawang besar hiris.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
4 biji bawang merah.
3 biji buah keras, (hiris-hiriskannya).



BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus secukupnya, dibelah 2
Hirisan timun secukupnya
Daun selom (optinal)
Ikan goreng @ ayam goreng
Sambal tumis




Cara-cara untuk membuat Nasi Lemak Paling Mudah

BAGI MEMBUAT NASI  :   Basuhkan beras Basmathi sebersihnya.Kemudian toskan beras Basmathi dan  masukkan ke dalam rice cooker.Masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau semua bahan tadi dan masak seperti biasa sehingga tiada air. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..


BAGI MEMBUAT SAMBAL  :   Tumiskan bahan-bahan sambal tadi sehingga harum,Kemudian masukkan cili bo dan masaknya sehingga pecah minyak, gunakan api bersaiz sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskannya). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar dan kacau.Masakkan sehingga pekat. Ambil sedikit sambal,kalau rasanya ok,tutupkan api,kalau tidak ok boleh la tambahkan gula atau garam secukup rasa.

Hidangkan ala-ala kampung dengan menggunakan daun pisang,dan dibungkus dengan surat khabar.Boleh juga goreng telur dan diletakkan 

Semoga berjaya dalam mencuba resipi baru ini!
Continue Reading →

Thursday 8 January 2015

Resepi Ayam Golek Madu Mudah!


Resepi Ayam Golek Madu Mudah!









































Bahan-Bahan yang diperlu:
  • 1 ekor ayam.
  • 3 biji bawang merah .
  • ½ sudu besar serbuk kunyit.
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk atau kisarkan).
  • 10 biji bawang merah (tumbuk atau kisarkan).
  • 7 cm halia.
  • 3 batang serai.
  • 5 sudu besar minyak masak.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar.
  • 10 biji cili kering.
  • 300ml santan pekat.
  • Garam secukup rasa.
  • 3 sudu besar madu asli.


Cara memasak:

  • Rebus kesemua 1 ekor ayam tersebut dengan bawang dan serbuk kunyit.Setelah direbus hingga masak, toskan ayam itu.
  • Panggangkan ayam di dalam oven dgn suhu 180 darjah selama 1 jam.(sehingga masak)
  • Untuk bahan membuat kuah:Panaskan minyak masak di dalam kuali.Kemudian,tumis semua bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  • Selepas itu masukkan 1 sudu kecil serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Kacau hingga rata.
  • Seterusnya masukkan santan dan masak sehingga pekat.Tambahkan madu dan garam hingga cukup rasanya.

Akhir sekali..Letakkan dipinggan dan..Nikmatilah Ayam Goleh Madu Mudah yang telah anda buat!

Semoga berjaya dalam mencuba resipi baru ini!
Continue Reading →

Resepi Daging Masak Hitam Mudah dan Enak!

Resepi Daging Masak Hitam Mudah dan Enak!!


Bahan-Bahan Yang DiPerlukan:

500gm daging

Daun kari (2 tangkai).
Bawang merah (9 ulas).
Bawang putih (4 ulas).
Halia (besar ibu jari).
Pes cili kering (2 sudu besar).
Rempah kari daging (2 suduh besar).
Kulit kayu manis (8cm).
4 batang cili merah
2 batang cili hijau
(bahan-bahan di atas perlu dicampurkan dan diblend bersama-sama)




Bahan-bahan untuk sos.

Kicap pekat (3 sudu besar).*boleh adjust-adjust*
125 ml pati santan(boleh guna santan kotak atau santan parut) 
1 sudu asam jawa ~ campurkan dengan 50ml air (ambil air nya sahaja)
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging


Cara-cara penyediaan:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Gorengkan bawang besar yang telah dipotong hingga menjadi keemasan.
Kemudian,angkat dan toskan dan ketepikan.
Selepas itu,gunakan minyak lebihan yang sama tadi,tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.Tumis sehingga baunya naik.
Masukkan daging.
Kemudian,tambahkan sos dan kiub daging.
Kacaukan daging dan kuahnya sehingga rata.
Letakkan garam dan gula untuk memperasakannya.
Masukkan cili merah , hijau dan bawang yang telah kita goreng tadi.
Dan...
SIAP!!


Selamat Mencuba Semua :)


Continue Reading →

Wednesday 7 January 2015

Resipi Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah!


Resipi Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah!





Bahan-bahan yang diperlukan.( untuk hidangan 6 orang )


  • Untuk Ayam 1 ekor ayam – potong 8 bahagian atau mengikut kehendak masing2, rebus ayam tersebut selama 10 minit dan toskan(air rebusan jangan dibuang)-Air rebusan tadi perlu digunankan untuk membuat sup dan nasi.
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng dengan menggunakan sedikit minyak hingga naik bau.
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng dengan menggunakan sedikit minyak hingga naik bau.
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng dengan menggunakan sedikit minyak hingga naik bau.
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam.
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit.
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih.
  • 3 ulas Bawang Putih.
  • 1cm HaliaSedikit Air.
  • 1 sudu kecil Garam.

Bagi Sambal Pula..


  • Sedikit Minyak Masak
  • 10 batang Cili merah (kalau mahu lebih pedas lebihkan).
  • 10 biji Cili padi(kalau mahu pedas lebihkan).
  • 10 biji Bawang kecil/merah,dan dihiris.
  • 3 biji Bawang dan dihiris.
  • 5 biji Tomato,dan dipotong.
  • Garam dan gula sehingga cukup rasa.(gunakan gula merah kalau nak sedap).
  • 45cm Belacan.
  • 2sb Ikan Bilis.


Bagi Nasi Pula..


  • Basuh dan Tos 3 cawan beras.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Bunga lawang.
  • 1 bayang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • kiub pati ayam(gunakan maggi kalau nak sedap!)
  • 6 cawan air rebusan ayam (yang digunakan tadi)


Cara-cara bagi membuat Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah!

Bagi Ayam Penyet.

Masukkan kesemua bahan yang ditulis di atas dalam blender(kecuali minyak masak), blend kan sehigga hancur dan halus.Lumur bahan yang telah diblend tersebut pada ayam dan perapkannya semalaman.-Perap 1 jam atau 2 jam juga boleh..cuma rasanya kurang sedap.(Simpan bahan yang telah diblend yang berlebihan tersebut untuk menggoreng tempe dan tahu.)- .Setelah diperap semalaman, lumur ayam pada tepung beras untung mendapatkan ayam yang garing.Panaskan minyak dan goreng hingga warna keemasan dan garing.(jangan sampai hangus pula ya...)

Bagi Sambal Pula..

Panaskan minyak masak.

Ikan bilis perlu digoreng hingga garing dan rangup.(baru la krup krap ketika makan) Angkat dan biar kan ditepi.Gorengkan belacan seketika, angkat dan ketepikan.Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu dan aromanya sudah mula naik, masukkan tomato.

Gaulkan dengan rata dan tutup api. Angkat dan biar kan di tepi.Sejukkan semua bahan yang telah kita goreng tadi.

Setelah bahan-bahan tadi telah sejuk,Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.(guna kan lesung batu untuk mendapatkan rasa yang lebih enak). Kisar atau tumbuk sehingga hancur.

Akhir sekali, Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan masakkan mereka bersama.Masukkan gula merah dan gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu.(pandai pandai la adjust sendiri mengikut cita rasa masing-masing)


Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa kepada air rebusan ayam tadi.-tambahkan kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan sup punjut terus).Panaskan sebelum dihidangkan(baru la sedap makan panas-panas).Letakkan daun sup pun boleh juga.


Untuk Nasi

Panaskan butter(gunakan buttercup kalau nak lebih lazat). Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.Masukkan beras yg dah ditoskan tadi. Kacau lebih kurang 3 hingga 5 minit.Kemudian masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam. Tunggu sehingga air panas sedikit.Kemudian boleh pindahkan  ke periuk nasi dan masak seperti biasa.


Semoga berjaya dalam mencuba Resipi Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah ini!



Continue Reading →

Monday 5 January 2015

Resepi Nasi Ayam Madu Mudah



Bahan-bahan Nasi Ayam Madu Mudah ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega (buttercup kalau boleh)
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

    HIASAN
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun



Cara-cara masak Nasi Ayam Madu Mudah menggunakan bahan-bahan di atas.


  • Bersih ayam. Potong ikut kehendak.(4 atau 6 bahagian)
  • Tumbuk bawang putih dan halia sehingga hancur.Tumis dengan sedikit minyak sehingga perang dan baunya naik.(jangan terhangus pula)
  • Campurkan kesemua air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masak sehingga ayam masak dengan sempurna.
  • Untuk masak nasi pula, bersihkan beras sehingga bersih. Ambil 2 cawan sup ayam yang dimasak tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan dan masak seperti biasa.
  • Keluarkan ayam yang direbus di dalam sup ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh dan panas.
  • Untuk membuat sos kicap yang sedap, Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga baunya naik. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
 
Masakan ini mengambil lebih kurang 35 minit untuk disiapkan.
Semoga berjaya dalam mencuba resepi Nasi Ayam Madu Mudah ini!
Continue Reading →

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Powered by Blogger.