Wednesday 7 January 2015

Resipi Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah!


Resipi Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah!





Bahan-bahan yang diperlukan.( untuk hidangan 6 orang )


  • Untuk Ayam 1 ekor ayam – potong 8 bahagian atau mengikut kehendak masing2, rebus ayam tersebut selama 10 minit dan toskan(air rebusan jangan dibuang)-Air rebusan tadi perlu digunankan untuk membuat sup dan nasi.
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng dengan menggunakan sedikit minyak hingga naik bau.
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng dengan menggunakan sedikit minyak hingga naik bau.
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng dengan menggunakan sedikit minyak hingga naik bau.
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam.
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit.
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih.
  • 3 ulas Bawang Putih.
  • 1cm HaliaSedikit Air.
  • 1 sudu kecil Garam.

Bagi Sambal Pula..


  • Sedikit Minyak Masak
  • 10 batang Cili merah (kalau mahu lebih pedas lebihkan).
  • 10 biji Cili padi(kalau mahu pedas lebihkan).
  • 10 biji Bawang kecil/merah,dan dihiris.
  • 3 biji Bawang dan dihiris.
  • 5 biji Tomato,dan dipotong.
  • Garam dan gula sehingga cukup rasa.(gunakan gula merah kalau nak sedap).
  • 45cm Belacan.
  • 2sb Ikan Bilis.


Bagi Nasi Pula..


  • Basuh dan Tos 3 cawan beras.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Bunga lawang.
  • 1 bayang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • kiub pati ayam(gunakan maggi kalau nak sedap!)
  • 6 cawan air rebusan ayam (yang digunakan tadi)


Cara-cara bagi membuat Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah!

Bagi Ayam Penyet.

Masukkan kesemua bahan yang ditulis di atas dalam blender(kecuali minyak masak), blend kan sehigga hancur dan halus.Lumur bahan yang telah diblend tersebut pada ayam dan perapkannya semalaman.-Perap 1 jam atau 2 jam juga boleh..cuma rasanya kurang sedap.(Simpan bahan yang telah diblend yang berlebihan tersebut untuk menggoreng tempe dan tahu.)- .Setelah diperap semalaman, lumur ayam pada tepung beras untung mendapatkan ayam yang garing.Panaskan minyak dan goreng hingga warna keemasan dan garing.(jangan sampai hangus pula ya...)

Bagi Sambal Pula..

Panaskan minyak masak.

Ikan bilis perlu digoreng hingga garing dan rangup.(baru la krup krap ketika makan) Angkat dan biar kan ditepi.Gorengkan belacan seketika, angkat dan ketepikan.Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu dan aromanya sudah mula naik, masukkan tomato.

Gaulkan dengan rata dan tutup api. Angkat dan biar kan di tepi.Sejukkan semua bahan yang telah kita goreng tadi.

Setelah bahan-bahan tadi telah sejuk,Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.(guna kan lesung batu untuk mendapatkan rasa yang lebih enak). Kisar atau tumbuk sehingga hancur.

Akhir sekali, Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan masakkan mereka bersama.Masukkan gula merah dan gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu.(pandai pandai la adjust sendiri mengikut cita rasa masing-masing)


Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa kepada air rebusan ayam tadi.-tambahkan kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan sup punjut terus).Panaskan sebelum dihidangkan(baru la sedap makan panas-panas).Letakkan daun sup pun boleh juga.


Untuk Nasi

Panaskan butter(gunakan buttercup kalau nak lebih lazat). Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.Masukkan beras yg dah ditoskan tadi. Kacau lebih kurang 3 hingga 5 minit.Kemudian masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam. Tunggu sehingga air panas sedikit.Kemudian boleh pindahkan  ke periuk nasi dan masak seperti biasa.


Semoga berjaya dalam mencuba Resipi Nasi Ayam Penyet Lazat dan Mudah ini!



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Pages

Powered by Blogger.